Mersing: Ikan lumba-lumba ditemui terdampar di Pantai Air Papan di sini, 8.48 pagi hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Mersing, Kapten (PA) Nurnajibah Abdullah berkata, ikan seberat kira-kira 35 kilogram itu didapati cedera di ekor.
"Petugas Menara Penyelamat Pantai APM telah menemui seekor ikan lumba-lumba di pesisir pantai ketika meletakkan bendera amaran iaitu kira-kira 800 meter dari menara.
"Petugas melepaskan ikan lumba-lumba tersebut tetapi gagal berikutan air pasang dan ombak kuat.
"Pihak APM Mersing menghubungi Pejabat Perikanan untuk tindakan selanjutnya.
"Pihak Pejabat Perikanan telah hadir ke lokasi dan mengambil ikan lumba-lumba tersebut dan melepaskannya di Teluk Buih, Mersing," katanya ketika dihubungi.
Beliau menafikan ikan itu tersesat sebaliknya lokasi itu memang laluan ikan berkenaan.