PENDUDUK DAN MANGSA BANJIR DUN PENAWAR TERIMA BANTUAN SULTAN JOHOR

 

Seramai 630 keluarga di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar menerima kurniaan bantuan makanan daripada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini (14 Disember).

Bantuan serta sumbangan peribadi Baginda Tuanku Sultan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) oleh YB Mejar Cina Dato’ David Wong kepada penerima di Dewan Bandaran Bandar Penawar.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kota Tinggi, YB Datin Paduka Hazlina Jalil serta ADUN Penawar, YB Fauziah Misri.

Dalam ucapan, YB Fauziah berkata penerima bantuan melibatkan mereka daripada golongan B40, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal serta nelayan.

“Tuanku Sultan Johor amat prihatin dan mengambil berat golongan kurang bernasib baik dan saya mewakili para menerima menjunjung kasih kepada Baginda di atas kurniaan ini,” katanya.

Terdahulu, Dato’ David antara terawal melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Muafakat Taman Desaru Utama, Penawar bersama Datin Paduka Hazlina serta YB Fauziah.

Sebanyak 12 keluarga dari kawasan DUN Penawar ditempatkan di PPS dan
bantuan kotak makanan turut disampaikan kepada keluarga-keluarga yang terkesan dalam meringankan beban mereka.


#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor