KUALA LUMPUR: Siasatan tragedi tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali pada 16 Disember lalu sehingga mengorbankan 31 nyawa, akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata siasatan itu turut bergantung kepada laporan yang diberikan oleh agensi lain.
"Saya tak boleh anggarkan (bila tempoh siasatan akan selesai) sebab kita banyak bergantung kepada laporan daripada agensi lain," katanya kepada BH.
Semalam, Arjunaidi memaklumkan, proses rakaman keterangan saksi bagi siasatan berhubung insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Batang Kali-Gohtong, hampir selesai.
Beliau berkata, siasatan kini antara 85 peratus hingga 90 peratus selesai dan hasilnya akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.